Saturday, August 16, 2014

....................................



kata org, nk tau setianya seorang wanita itu,
dia akan sentiasa bersama walau sepayah mana lelaki itu berjuang.
setianya lelaki,
bila sudah gagah berjayanya dia, sentiasa mahu wanita td berada disampingnya.

or

most women want a man that's already established.
while a strong women will be a part of his struggle, survive it, succeed together and build an empire.

indeed. both r the same quote..



untuk cari yg kata sayang itu beribu,
tp untuk cari yg kekal setia itu mungkin hanye satu.

untuk mahukan hidup bersama itu ramai yg mahu,
tp tak semua mahukan usaha yg keras ke arah itu.

untuk menjadi senang memang payah,
memang tak ramai yg akan mahu bersama bersusah payah,
tp terkadang ade seorang yg selalu menyokong dr belakang tanpe kenal erti lelah.


manusia plg mudah untk melupakan. plg sukar untk memberi penghargaan.
terkadang kita leka dgn harta benda tanpa mengenal lg hati dan perasaan,
lupa untk menghargai org yg plg banyak mendoakn supaya kita teros kekal berjaya,
seperti, ibu-bapa, keluarga, sahabat dan teman istimewa.

mungkin kita leka untk mengejar cita-cita,
sampai terkadang,
kita telah melukakan perasaan org yg selalu ada masa
saat jatuh bangunnya kita.


note:
appreciate someone, before its too late








Thursday, May 29, 2014

100 hari berlalu

22/05/14
genap seratus hari.


99 hari yg berlalu
diri semakin sepi merindu
terkadang mungkin juga semakin keliru
entah. mungkin tiada lg teman mengadu,
tak tahu lg kemana mahu dikongsi hari-hari yg berlalu
terlalu keliru dgn putaran waktu
mungkin terlalu lama tempoh menunggu

bile jauh, hati selalu jd luluh
jiwa td jd lumpuh

bukan senang untuk berjauhan
bukan mudah untuk mendapatkan kekuatan
untuk teros maju, melalui hari-hari di depan

terkadang hati ini cemburu
kanan kiri manusia bersatu
berkongsi kasih bagai esok mereka tak mungkin lg bertemu
BAHAGIA.  hanye itu yg ingin mereka beritahu

aduh......, air mata mule menitik satu persatu
kenapa hati ini terlalu cpt cemburu?
kenape airmata td perlu turun bersama sendu?
laju-laju mencapai tisu
air mata dikesat jgn sampai org sekeliling dpt tahu

kata org, bila bercinta jarak jauh,
hanye kepercayaan dan kesetiaan yg perlu digenggam utuh
plg penting, perlu sentiasa percayakan pade jodoh.

ah..., ungkapan itu mmg plg mudah diluahkan
tp ia jgk, plg sakit bila di rasakan.
walaubagaimanapun, ianya jugalah yg tetap menjadi pegangan
mana mungkin senang-senang dpt melupakan

jauh dan rindu itu satu
berkait dan bergabung bagai lirik dan lagu
ianya bagai satu jasad yg bersatu

bila jauh, hanye tuhan yg menjadi medium penghubung
hanya Dia yg memberi kekuatan untuk terus berlari jauh
hanya Dia yg menyampaikn rindu antara dua hati yg terlalu rapuh
Dia yg menjadi saksi airmata itu jatuh
dlm sujud bersama sendu hati yg luluh

tau tak cara plg pantas melepaskan rindu
hanye perlu tatap potret bersama satu persatu
mmg cara itu hanye menambah sendu
tp ckoplah  ia untuk  teman dikala bulan mula bertamu

mimpi di malam hari
terkadang plg indah dlm diari
kerana mase itulah kita dpt bertemu dan bersatu hati

tak pernah terfikir kita mampu pergi sejauh ini
tak sangka kita mampu menempuh 100 hari
tak sangka kita tetap utuh walau kita jauh

terima kasih untuk selalu mengirim kabar dan rindu
walau kita hanye berkongsi lagu
janji kita tetap sama dan satu
untuk terusmenunggu dan berusaha maju
sampailah tiba saat dan waktu


(awak tau tak, doa itu wireless. bila-bila, dan dimana-mana.
dan coveragenya luas. dgn signal bar yg penuh lima.
jgn lupe ambil full advantage drnya. agar kita tetap selalu bersama)


p/s: more days to count. and u make me more tougher.
       take care turkmen!






Monday, May 5, 2014

5/5/14 = 5/5/5 = 15

5/5/14 = 5/5/5 = 15

tarikh hari ini. plg burok dlm diari.

kemalangan.
hanye satu perkataan.
yg menyakitkan.
masih lagi tak berhenti menggigil 1 badan.

ahhh..., otak masih tak henti berpusing mengingat kejadian.
walaopon tahu itu semua ujian tuhan.

menangis sekuat-kuatnya
air mata tak berhenti turun dr kelopak mata.

memang tak kuat kali ini.
dentuman td, terngiang-ngiang lagi.

Allah..., tolong hambamu kali ini.
Aku tak mampu berdiri sendiri.
perlukan sokongan untuk teros berani.

tolong ya tuhan...
benar-benar perlukan kekuatan.
air mata degil masih teros luruh tanpa paksaan.
menangis tanpa sedar baju kerja td sudah basah lenjan.

Allahu......,
aku mohon kekuatan dariMu...
Aku hambaMu yg hina, menadah tangan menagih simpatimu...


fobia. mahu kan teman untuk meminjam bahu.
tolong....,  hanya untuk sekali ini, untuk sama-sama menghilangkan sedu..
tolong.., pinjamkan sedikit waktu,
untukku tenang disampingmu....


-bad day








Wednesday, April 23, 2014

kertas terbang



terasa lama masa berlalu
merangkak sepi bersama rindu

genap dua bulan menyelak kalendar biru
org yg ditunggu masih belom muncul didepan pintu

ohhh..., tangan teros laju
melipat kertas terbang ungu,
harap kali ni segala yg terbuku
dpt disampaikan laju-laju..

wahai kertas terbang,
bawakan khabar org di sana
sampaikan rindu yg terbuku didada..

wahai kertas terbang,
beritahu dia, ingin sekali bergurau senda
seperti waktu dulu-dulu kala,
bergurau bagai tiada lagi had masa,
atau kekangan jarak dipertengahannya

wahai kertas terbang,
ingin saja ditiup smpai ke negeri nun jauh disana
tp apakan daya oksigen yg menyesak di dalam dada
tak cukup kuat untuk membawanya

ah..., kertas terbang td cuma jatuh dgn jarak dua meter dihadapan
sampai disitu saja ia jatuh dipandangan....

tahu tak kalendar biru mulenya ditanda untuk tempoh 4 bulan menunggu?!!
hurmm..., kini jumlah perlu ditambah 6 bulan purnama lg untuk menambah rinduu...

aduhhh..., berita yg baru disampaikan terasa berat untuk diterima,
mengapa perlu menambah lg tempoh menjadi lebih lama?

tahu tak, berita itu membuat jiwa bertambah lara?,
tahu tak, air mata terus turun laju tanpa dipaksa?
sebak...., kali ini tak dapat lg mengawal rasa,
bergegas lari mengambil wuduk, Al-Quran dibace spenuh tenaga,
air mata lenjun menyesak dada..

kekuatan dikumpul sedalam-dalamnya,
moga tuhan kuatkan kita,
moga bulan 7 berlalu sepantas atom di udara,
supaya kita cepat dapat berjumpa...


(untuk saudara jauh disana, harap sentiasa kuat untuk bekerja, berusahalah sehabis daya, demi mencari rezeki tuhan didunia, yakin dan pasti tuhan pasti memberi nikmat di akhir cerita...)










Monday, April 21, 2014

tanah tuhan..





dalam bumi ciptaan tuhan ini, punya satu negeri yg berdebu kiri dan kanannya tp terdapat terlalu byk keistimewaan didalamnya.bru pulang tak sampai seminggu lamanya... ya Tuhan, terlalu rinduukan tanah harammu, rindukan ketenangan qalbu, rindu sirah RasulMu...

setiap waktu jemaah datang bepusu-pusu, demi untuk mengejar pahala kebesaranMu, bersujud mohon keampunan dr Maha Penyayang. setiap waktu air mata tak pernah berhenti sendu memohon taubat padaMu.

tuhan, hambaMu terlalu byk dosa yg ku lakukan diwaktu gelapku, terlalu hina dipandanganMu, terlalu kerdil jika dibandingkan dgn umatMu yg lain.

ttp madinah membuatkan daku dekat pada RasulMu, terlalu rapat pada rawdahMU, terlalu tenang dan senang dgn dunia ciptaan Mu..

Tuhan ku mohon, jangan Kau jdkn ini umrah terakhirku, ak mahu dtg lg....

bersama....,
keluarguku,
imamku, dan
anak-anak ku...


#umrah2014







Friday, April 18, 2014

geng lubuk'






kawan-kawan ini penghibur duka, peneman ini punca rasa bahagia, penghilang air mata, penawar luka...

memang selalu jadi gila-gila, bila bersama, walau hanya untuk satu jam lamanya

ah, kalao keluar bersama, memang org kiri kanan pandang luar biasa, sebab telatah kita, yg sentiasa ketawa, walau hanye perkara biasa, dan tak pernah peduli siulan org yg mengata

bukan selalu dapat berkumpul bersama, sesekali dpt berkumpul satu meja, walau hanye tiga jam lamanya, kita akan gelak bahagia bagai dunia kita yg punya

inilah teman bergosip isu semasa, ini juga geng tempat luahan rasa

terima kasih kawan-kawan, terima kasih tuhan, doa moga hubungan ini berterusan....





Tuesday, March 18, 2014

35 hari berlalu...




genap 1 bulan, 6 hari
terasa lama masa berlalu,
rindu setiap hari semakin membuku..

selalu, tak pernah lebih dr 28 hari,
masih boleh lg mengawal diri,
masih gagah untuk menghitung hari,
tp kali ini,....

aduh..., saat itu seakan merangkak memutar waktu,
minit yg berlalu, begitu lama untuk berlalu,
kenapalah jauh beribu batu,
rasa begitu seksa untuk menunggu..

kadang-kadang, bila rindu sesak diingatan,
diri mula  amuk dirasuk setan,
segala yg negatif muncul sebagai siulan,
ah.., memang lemah kalao berjaohan,
diri tak selalu gagah untuk menepis segala kemungkinan..

risau, bimbang, takut, semua itu dtg menduga,
hati dan jiwa semakin resah bergelora,
kalao nk diikotkn kata,
mahu saja terbang ke sana..

nafsu, jiwa, sukar untuk dikawalnya,
selalu kuatkan hati, jangan diikutkan kemahuan meraka,
kerana kita punya akal yg bertakhta dikepala,
untuk menjadi petujuk membimbing iman di dada.

sujud, kembali beserah kepada Nya,
menangis esak, hanya mahu Dia
yg menyampaikn rindu pada teman yg jauh di sana,

beritahu dia, bahawa,
disini, rindu teman bergurau senda,
selalu dia saja jd mangsa buli,
kalao menyanyi, biarkn sumbang,
ttphanya nyanyian itu yg menghiburkan hati..

guraun di dalam kereta,
terkadang terngiang bila tak bersama,
tahu tak, senyuman awak plg mahal didunia?
owh....., tlglah tuhan bahagiakn dia disana.

pesanan terakhir sebelom langkah semakin jauh,
"jaga diri, jgn lupakan saya,
kerana pergi demi untuk nmembina sebuah keluarga bersama"...

tiap kali ungkapan itu dibaca,
menitik air mata,
saat mata mula berkaca,
hati tak henti berdoa, agar tuhan jagakn dia disana..

kalao boleh, mmg mahu tuhan bawa kita bersama,
berusaha sekuat daya untuk kebahagiaan kita,
tp, mungkin hikmah awk disana tuhan mahu jdkn kta lebih bersedia,
disana mula belajar pelbagai masakan utama,
disini berusaha melengkapkan diri praktikal selengkapnya..

tuhan..., hikmahmu nan tersembunyi tak mungkin kan ku tahu,
rezekimu yg luas akn ku berusaha mencarinya,
hidayahmu, yg penuh hikmat, akan cuba ku pelajari..

janji, ya, akn tetap menuggu setia,
kerana yakin ini untuk kebaikan bersama.
akur, pada setiap kejadian Dia,
kerana yakin rindu yg menggunung
cuma ujian kecil hikmah mungkin kita bakal bersama..


(tuhan tlg jagakn dia, untuk lebihan masa yg tak berapa lama,
genap 4 bulan, kita akan kembali berjumpa.... mmg dah tak sabar,rasanya!! )


(lanney 180414)
(for the one that i miss soo much..)
(take care there, turkmen!)









Sunday, March 16, 2014

muhasabah diri



byk yg telah dipelajari baru-baru ini. dikhianat, di caci, dibuang bagai tiada harge diri, dituduh macam maruah tu tak pernah penting lagi. menangis sampai bengkak mate, menjerit sekuatnya hanye untuk beritahu dunia ape yg terbuku dalam dada.hukum alam itu sama semuanya. boleh menindas yg lemah, teros menghukum yg tidak berdaya dan tak pernah cuba untk berlaku adil terhadap semua. hukum. hukum. itu semua hukuman duniabenar. benar itu semua lumrah dunia. bila manusia mempunyai hati yang berbeza. nampak rambut memang sama warna, tapi jiwa mereka tak mungkin serupa. ya, memang kita sudah berusaha. gigih. Sekuat mana, jangan pernah menjadi tanda tanya. kerana itu sahaja daya yg ada.terkadang fizikal cube menjerit kuat, cuba lontarkan itu sahaja yg mampu dibuat. hati sudah menangis sendiri, sehinggan rasa sedih sudah sebati dalam diri. paksa, jangan pernah sesekali memaksa diri. kerana ia akan menimbulkan kehilangan sifat ikhlas dalam hati. Biarlah, sebolehnya ia dtg dgn sendiri.kata orang, jangan mengeluh dgn takdir tuhan. kerana itulah sebaik rancangan. tetapi, terkadang, bila penindasan yg dilakukan sesama manusia, mmg boleh  menerbitkan permusuhan. Sifat amarah dtg tanpa diundang. Tetatpi, sebolehnya menjauhkn rasa kebencian.renung. cuba untuk muhasabah diri. terkadang memang kita cepat mebuat keputusan sendiri. melatah dengan tindakan diri. tapi terkadang hanya Dia yang Maha mengerti.Dia yg MAha Mengetahui. Maha Melihat apa yg terjadi.kuat. cube untuk gagahkan diri. walau, berusaha sehabis mati, tikar sejadah tetap menjadi bukti. Tangisan td. Luahan td. Hanya Dia yg menjadi saksi. Berceritalah, sepuasnya. Menangislah, smpai penuh lenjun air mata disejadah sana. Asl hati td jd tenang. Jiwa td semakin senang. Sakit td beransur hilang. Kerana dunia ini milikNya. Langit biru itu yg dijadikanNya. Dia yg Maha berkuasa, segala jawapan pasti ade disana. Kerana janji Nya, takkan disakiti hamba itu jika dye tak mampu menanggungnya. Janji Nya lg, setiap yg berlaku tersembunyi hikmah didalamnya.
Percayalah, kerana yg terbaik, hanya dtg dr Nya…

Lanney, 2014(mctgrdb)